Posted by: isronax | February 20, 2007

Tahun Baru Cina

Hari Tahun Baru Cina (bahasa Cina: 春節, 春节, Chūnjíe; atau 農曆新年, 农历新年, Nónglì Xīnnián) merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalender qamari Cina. Kalender qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Menurut turutan, haiwan tersebut adalah tikus, lembu/kerbau, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing, dan babi. Kepercayaan popular menyatakan perangai dan nasib seseorang ditentukan oleh tahun kelahiran mereka.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun akan dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau hantu jahat dan nasib tidak baik. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Menurut legenda, pada zaman silam terdapat seekor raksasa bernama Nian yang sering mengancam manusia. Orang Cina menyedari bahawa raksasa tersebut alah terhadap bunyi kuat dan warna merah, maka mereka menghalaunya dengan meletupkan mercun yang berbunyi kuat dan menggunakan warna merah secara berleluasa di merata tempat. Maka bermulanya tradisi perayaan Tahun Baru.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan ‘yee sang’ dan ‘nien ko’. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti itik, salai, sosej, kek beras, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.

Tahun Baru Cina juga menampakkan “penghijrahan” manusia yang terbesar, apabila bangsa Cina seluruh dunia pulang ke kampung halaman pada hari sebelum tahun baru, untuk menghadiri jamuan pertemuan semula bersama seisi keluarga.


Responses

  1. Tahun 2007 merupakan tahun Babi [亥 Hai]

  2. shio saya babi……sesuai dh tahun 2007 ini tahun babi juga….
    bagaimana keberuntungan saya kang…?
    (hoalahhhh….maaa”’aaapppp, punten….dikira teh masuk ke bilik peramal…..hehe)
    bukan gong xie fat choi…tapi ngung xie yu choi….

  3. ehmm..berdasarkan perkiraan cuaca ditahun ini, Ceu Nila bakal dapat rejeki banyak…syaratnya mesti terus kreatif dan kerja keras.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: